calendar

Friday, March 4, 2011

no entry...

assalamualaikum...

tuhan jadikan langit beserta bintang bintang agar kita bersyukur dengan ciptaanNYA. tp masih ramai yg alpa...maybe termasuk saya...

tp adakah sy termasuk dalam golongan orang yang rugi? orang yang selalu tidak bersyukur dengan apa yang ALLAH kurniakan kepada sy? adakah sy termasuk dalam golongan yang tamak kerana selalu terdetik apakah balasan ALLAH terhadap kebaikan yg telah sy lakukan?

orang pernah cakap, kita xkan tau apa itu sengsara kalau kita di limpahi nikmat yg melampau sehingga tidak mampu bersyukur...kita tidak akan tahu erti susah kalau kita selalu berada di tahap yang selesa..
yer...sehinggakan sy lupa yang hidup ni ibarat roda...sekejap di atas dan sekejap di bawah..

apa lagi yg sy ada di saat Yang Maha Kuasa menarik segala nikmat yg di pinjamkan kepada hambaNya ini? adakah sy patut salahkah ALLAH kerana menguji sy dengan dugaan yg sy belum tentu mampu hadapi? adakah sy mampu bertahan dengan apa yg da diturunkan kepada sy? adakah sy mampu memikirkan cara lain selain suicide?

mungkin sy akan lakukan itu kalau sy xpercaya dengan tuhan. sy percaya apa yang sy dapat sekarang adalah balasan kerana sering lalai dengan kesenangan dunia. kerana saya sering lalai dengan amaran ALLAH terhadap hari perbalasanNYA...

syukur Alhamdulillah kerana ALLAH masih sayangkan saya..DIA menitipkan bidadari2 dunia untuk menenangkan hati saya disaat sy memang xmampu berdiri..mungkin sy betul2 akan jatuh tersungkur kalau tidak ditongkat dengan tiang2 kukuh tu...

demi ALLAH, demi Islam demi mak demi ayah dan demi diri sy sendiri, sy janji akan belajar dari kegagalan...janji yg sy buat sebelum ni akan sy tunaikan walaupun syaratnya tak seperti yang dijanjikan...tabahkan hati, dan jangan menangis lagi...

"ALLAH tidak akan menguji hambaNYA melainkan hambaNYA mampu menghadapi"

so, jalannya sekarang......

1)teruskan di takuk lama...buat x endah, x serius, dan teruskan bermimpi
atau
2)bangun! usaha lagi! jangan putus asa! mesti boleh....!!!!

sy pilih 2. semoga dengan pertolongan ALLAH, sy mampu menghadapi nya...


sesunggugnya, hidupku, matiku hanyalah kerana ALLAH

wassalam~~~